Oleh : Rabiah binti Mohamad

 

28 Januari 2024 (Ahad) - Hari Pendaftaran Siswa Siswi Baharu Politeknik Melaka Sesi II 2023/2024 telah berlangsung di perkarangan Politeknik Melaka bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Program ini telah dirasmikan oleh Pn Zeyana Binti Abdullah selaku Timbalan Pengarah Politeknik Melaka.

Kedatangan ibu bapa telah disambut dan dialu-alukan oleh Timbalan Pengarah, Timbalan Pengarah II dan Ketua-ketua Jabatan.

Program ini telah berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan. Siswa siswi baharu kelihatan sangat teruja dengan suasana pembelajaran baharu di Politeknik Melaka.

Semoga siswa siswi baharu yang mendaftar ini dapat menamatkan pengajian sehingga selesai dan berjaya bergelar graduan.