15 April 2021,Melaka -  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka telah mengadakan satu program Dialog Bersama Pelajar secara atas talian di dalam platform “Google Meet”. Program Dialog Bersama Pelajar ini bermula pada jam 12:30 tengahari sehingga 2:00 petang.

Seramai 66 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Melaka yang mewakili 2 orang daripada setiap kelas di Setiap jabatan yang terdapat di Politeknik Melaka.

Tujuan Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan ruang kepada para pelajar Politeknik Melaka untuk menyuarakan sebarang permasalahan atau isu yang dihadapi selaku pelajar Politeknik Melaka serta memberikan ruang kepada para pelajar Politeknik Melaka untuk mengemukakan sebarang cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada Politeknik Melaka.

Dengan terlaksananya program ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka dapat bertukar pendapat dan dapat mengembangkan pelbagai idea Bersama sama para pelajar Politeknik Melaka yang memberikan impak kepada semua warga Politeknik Melaka. Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka juga dapat merangka dan mengambil inisiatif yang lebih drastik untuk mengajukan sebarang isu atau cadangan yang dikemukakan oleh para pelajar Politeknik Melaka kepada pihak pengurusan. Seterusnya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka juga dapat menjalinkan Hubungan yang lebih erat sesama Pelajar Politeknik Melaka.