Editor: Hishamuddin Shah Bin Ibrahim

9hb April 2021- Dewan Serbaguna , Politeknik Melaka

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menganjurkan 1 program khas buat pelajar Semester 1 hingga 3 iaitu Inspirasi Minda Siswa dan Siswi DKM Siri 1/2021. Program ini dilaksanakan sebagai satu platform pengisian elemen shasiah diri dikalangan siswa dan siswi DKM. Beberapa aktviti telah diatur sepanjang program ini seperti Latihan Dalam dalam Kumpulan diberi nama “Kami dengar dan kami taat”. Aktiviti ini turut dijalankan dalam bentuk satu pertandingan sebagai memupuk rasa saing dikalangan mereka.

Turut diraikan ialah Staf Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai tanda syukur selesainya Penilaian Panel Luar (UTEM) iaitu Dr Ruzaidi bin Zamri. Sesi ini telah berjalan dan berakhir dengan baik. Diakhir sesi En.Hishamuddin Shah selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menyampaikan nasihat dan tazkirah memandangkan mereka telah pun selesai Fasa 1 Jadual WAktu iaitu P&P secara bersemuka bagi menyelesaikan praktikal dan amali bagi kursus tertentu. Selepas ini mereka akan teruskan baki pengajian mereka secara atas talian secara sepenuhnya.