11 APRIL 2021, MELAKA – Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka (MPP PMK) telah dibentuk selepas selesai menghadiri kem kepimpinan MPP yang telah berlangsung selama tiga hari di D’Village Resort Ayer Keroh bermula 9 – 11 April 2021. Kem kepimpinan merupakan elemen penting usai pilihan raya kampus dijalankan pada 7 April 2021. Seramai 29 orang siswa siswi yang terdiri daripada  barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Melaka telah menyertai kem kepimpinan MPP pada kali ini.

Antara aktiviti-aktiviti peningkatan kemahiran yang perlu dan sesuai dilaksanakan kepada MPP seperti kemahiran pengurusan program, kemahiran pengucapan awam profesional, kemahiran pengurusan kewangan dan kemahiran kepimpinan berpasukan.

Dengan menghadiri kem kepimpinan ini dapat memantapkan MPP PMK dengan elemen-elemen personaliti sebagai pemimpin, nilai-nilai murni, ciri-ciri kepimpinan  dan isu-isu berkaitan kepimpinan, memupuk semangat kerja berpasukan dan ‘Intelectual Discourse’ di kalangan Exco MPP PMK ke arah mencetuskan idea-idea konkrit dalam pelaksanaan sebarang program, mengangkat MPP PMK sebagai ikon terbaik mahasiswa sama ada di peringkat kementerian mahupun di peringkat kebangsaan serta elemen memperkasa penggunaan dan penguasaan komunikasi bahasa inggeris melalui pengucapan awam dan professional MPP PMK.

Pada kem ini juga Majlis Tertinggi dan Exco MPP telah dibentuk dengan keputusan majoriti Saudara Muhamad Hafiz bin Mohd Tajri pelajar semester 4 dari Jabatan Kejuruteraan Awam dipilih memegang kerusi Yang Di-Pertua MPP. Kem ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar dengan barisan fasilitator terdiri daripada alumni PMK dan mantan MPP tahun 2020.