7 April 2021, MELAKA - Sekretariat Pilihanraya Politeknik Melaka (SPRPM) telah melaksanakan PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KAMPUS POLITEKNIK MELAKA secara dalam talian iaitu e-Pilihanraya bermula seawal 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Pilihanraya pada kali ini dilaksanakan secara atas talian disebabkan oleh keadaan pandemik Covid-19 yang menyarankan pengurangan keadaan bersesak di kawasan kampus. Sistem e-Pilihanraya ini telah dibangunkan oleh En. Abd Razak Bin Md Noor dan dibantu oleh En Mohd Khairuddin B Ahmad Khair serta Cik Nur Azlina Binti Jamil dari JHEPP. Pilihanraya adalah keperluan PMK dan perlu dilaksanakan sekali dalam masa setahun sepertimana termaktub didalam Akta174. Semua urusan pengurusan dan perlaksanaan Pilihanraya Kampus Politeknik Melaka Sesi DIS 2020 ini adalah berdasarkan ‘Garis Panduan Pilihanraya Kampus Politeknik Malaysia’ yang dikeluarkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pilihanraya kali ini adalah bagi memenuhi 17 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Terdapat 32 calon bertanding bagi pilihanraya kali ini dari semua program di Politeknik Melaka. Pada jam 4.00 petang, Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunanan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka, Puan Hazira Binti Saleh telah membuat pengumuman keputusan undian Pilihan Raya MPP 2021 di Dewan Serbaguna PMK dan secara langsung melalui media sosial iaitu facebook dan instagram. Hasil dari pilihanraya terdapat 17 calon yang terpilih bagi memenuhi kerusi tersebut iaitu 4 daripada Diploma Akauntansi, 3 daripada Diploma Perniagaan Antarabangsa, 3 daripada Diploma Kejuruteraan Mekanikal, 4 daripada Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 daripada Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan). Ramai pelajar membuat undian mereka dengan begitu teliti dan tepat pada calon pilihan. Semoga MPP Politeknik Melaka pada sesi ini terus maju dalam mengutamakan kebajikan dan disiplin pelajar politeknik.

Sumber : Cik Nur Azlina binti Jamil