Sumber : Hairani Binti Ahmad Zainuldin

9 APRIL 2021 (JUMAAT) - Satu program Soul of Art sebagai program pendedahan keusahawanan kepada pelajar semester 1 Jabatan Perdagangan telah dijalankan bertempat di Perpustakaan, Politeknik Melaka. Seramai 10 orang pelajar telah menghadiri program ini dan penceramah jemputan adalah Puan Noor Shuhailie Binti M. Mohamed Noor dari Jabatan Perdagangan. Program ini dianjurkan oleh Penyelaras Keusahawanan Jabatan Perdagangan dan diketuai oleh Puan Hairani Binti Ahmad Zainuldin.

Objektif program :

  1.  Menyediakan satu platform bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya terutamanya dalam aktiviti keusahawanan.
  2. Memberi peluang kepada pelajar meneroka keusahawanan kreatif dalam bidang kesenian.
  3. Memupuk semangat berpasukan dan kerjasama di samping menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk melahirkan usahawan yang inovatif
  4. Melatih pelajar supaya dapat berkomunikasi dengan lebih baik dalam aktiviti keusahawanan terutamanya kepada penyedia peluang kerjaya mereka di masa akan datang.
  5. Memberi pendedahan kepada pelajar bagi mempelajari proses – proses yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan