Sumber: Roslezayti binti Ajeh

Politeknik Melaka, 10 April 2021 – Satu program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Google Meet pada jam 9.00pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini melibatkan pelajar semester 3, Diploma Akauntansi (DAT),  Jabatan Perdagangan. Program ini telah melibatkan 29 pelajar serta seorang pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Penganjuran Program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) ini bertujuan untuk memenuhi keperluan MQA dan ia merupakan program wajib  bagi Jabatan Perdagangan . Program ini dikendalikan oleh penceramah yang juga merupakan seorang peguam yang bertauliah  iaitu Puan Raja Yasmin Nadirah Binti Raja Abdul Rahim, yang berkhidmat di sebuah syarikat guaman yang terletak di Kuala Lumpur. Program ini, telah memberi peluang kepada pelajar untuk perkongsian ilmu serta berpeluang  mendapatkan pendedahan yang sebenar daripada seorang pengamal undang-undang.

Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pelajar sendiri mengakui mereka mendapat satu taklimat yang jelas dan menyeluruh dan ia sangat membantu untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka terhadap undang- undang Syarikat.