Politeknik Melaka, 4 April 2021 – Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menganjurkan Kursus Penghawa Dingin kepada pelajar semester 1 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan). Para pelajar diberi pendedahan tentang teori penghawa dingin dan secara praktikalnya melihat binaan sebenar penghawa dingin serta proses yang berlaku bagi menyejukkan suhu persekitaran.

Penceramah merupakan bekas Pengerusi Inkubator Aircond & Electrical Wiring (A&E), Mohd Izuddin bin Jaafar dan rakannya, Muhammad Shafiq Daniel yang berpengalaman luas dalam mengendalikan penyelenggaraan penghawa dingin sepanjang Inkubator A&E mendapat permintaan untuk penyelenggaraan dan kerja-kerja CSR yang kerap dijalankan. Kursus ini penting bagi memberi pendedahan kepada pelajar baharu yang mana merupakan bakal pelapis kepada Inkubator A&E agar terus berkembang selepas semester demi semester pelajar tamat belajar di JKE, PMK. Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Ts. Hj. Zahidi bin Zamzuri dan beberapa orang pensyarah JKE turut hadir bagi memberikan sokongan kepada program ini. Semoga Inkubator A&E terus maju dan mendapat sambutan dari semua pelajar JKE, PMK mahu pun pasaran luar. Melalui inkubator ini, banyak pengalaman yang pelajar dapat malahan mampu memberikan peluang untuk pelajar menceburi bidang keusahawanan dalam penyelenggaraan penghawa dingin yang sememangnya sentiasa diperlukan di luar.

#teamdjkpmk