Sumber: Puan Nurul Ayunni Binti Abdul Latif, Pegawai Unit Jaminan Kualiti.

Politeknik Melaka, 21 Januari 2021 -  Tahniah PMK! Permulaan awal tahun yang sangat membanggakan dengan keputusan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2020 bagi PMK iaitu 99.87%. Ia merupakan pencapaian yang amat besar bagi PMK kerana bukanlah mudah untuk memenuhi semua kriteria di dalam era pandemik COVID-19.

Staf PMK sangat komited dalam menyumbang keringat untuk membantu pencapaian KPI dengan mengumpulkan data-data dan bukti-bukti bagi kesemua KPI PMK pada setiap tarikh empat sukuan yang telah ditetapkan.

Ucapan tahniah buat semua penyumbang pencapaian KPI PMK 2020 dan teruskanlah memberi khidmat cemerlang yang tulus dan ikhlas untuk KPI tahun ini dan seterusnya.

Semangat PMK!

#WeLovePMK