Sumber: Puan Nurul Ayunni Binti Abdul Latif, Pegawai Unit Jaminan Kualiti.

Politeknik Melaka, 5 Januari 2021 - Bengkel Garis Panduan Kaedah Alternatif Penyampaian Program Dan Penilaian Pembelajaran Pelajar bagi kursus melibatkan makmal dan bengkel telah diadakan pada 5 Januari 2021 (Selasa) di TECC Room, Politeknik Melaka. Seramai 32 orang staf daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal , Awam dan Elektrik telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Penceramah dilantik iaitu Ketua Unit Jaminan Kualiti Puan Sinatu Sadiah Binti Shapie dan di bantu oleh Pegawai Akreditasi Politeknik Melaka Puan Nuraziyati Binti Sukardi serta Pegawai Kualiti Puan Nurul Ayunni Binti Abdul Latif selaku urusetia.

Matlamat utama diadakan bengkel ini adalah :

  1. Mewujudkan satu platform bagi sesi  brainstroming dalam hal berkaitan pelaksanaan PdP menggunakan kaedah virtual lab/ simulasi/ makmal maya bagi kursus melibatkan bengkel/ makmal serta perancangan program value added dalam mengukuhkan kursus yang berlangsung.
  2. Mengenal pasti setiap keperluan dokumen sokongan yang difikirkan relevan dalam persediaan EE ETAC pada bulan Mac 2021 ini.
  3. Membina dokumen Garis Panduan bagi kegunaan Jabatan dalam mengurus dan melaksanakan kaedah PdP virtual lab/ simulasi/ makmal maya ini.