KANDANG, 2 Disember 2020 – Satu lawatan khas telah dibuat oleh pihak Inkubator DPI PMK, yang diwakili oleh 9 orang pensyarah ke Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) Melaka hari ini. Rombongan DPI PMK ini telah disambut oleh Pengarah MARDI Melaka, Encik Nik Adli bin Mohd bersama En. Hamdan bin Minhat, ketua penyelidik MARDI Melaka. Lawatan ini adalah bertujuan bagi melantik MARDI Melaka sebagai agensi pembimbing (technical technology) bagi program khas SEIP serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan produk. Selain daripada itu, lawatan ini bertujuan untuk mewujudkan kolaborasi antara Politeknik Melaka dan MARDI Melaka dalam melahirkan usahawan pelajar, seterusnya melahirkan pensyarah pakar terutamanya dalam bidang keusahawanan. Pelbagai ilmu baru dan pengetahuan yang diperolehi dalam lawatan dan perbincangan ringkas ini. Semoga usahasama bersama MARDI ini akan berterusan.